fbpx

Hyundai, Kia panggil semula lebih 280,000 kereta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kombinasi gambar pada 2 April 2019 menunjukkan logo Hyundai dan Kia. - AFP

SEOUL – Pengeluar kereta Korea Selatan, Hyundai dan Kia mengeluarkan arahan penarikan semula lebih 280,000 kereta elektrik (EV) kerana risiko kehilangan kuasa secara tiba-tiba, lapor saluran berita CBS News kelmarin. 

Penarikan semula itu melibatkan lebih 145,000 kenderaan Hyundai bagi model IONIQ 5, IONIQ 6, Genesis GV60, Genesis GV70 dan Genesis G80.

Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) berkata, transistor kenderaan terbabit dalam unit kawalan pengecasan dipercayai rosak. 

“Kerosakan ini boleh menyebabkan bateri 12 voltan tidak boleh dicas. Ia akan mengakibatkan kehilangan kuasa pemanduan dan risiko berlaku kemalangan,” kata NHTSA. 

Kia pula menarik balik hampir 63,000 kenderaan model EV6 yang dikeluarkan dari tahun 2022 hingga 2024.

“Pengedar akan memeriksa dan menggantikan unit kawalan dan fius jika perlu, serta mengemaskini perisian. 

“Pemilik kenderaan yang dihubungi awal tahun ini berikutan masalah sama perlu menghantar kereta mereka untuk diperiksa sekali lagi. 

“Pemilik akan dimaklumkan menerusi surat menjelang Disember ini dan Januari tahun depan,” tambah NHTSA. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI