fbpx

Doktor rugi RM134,323 terjerat pelaburan tak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MUAR – Seorang doktor wanita berputih mata apabila kerugian RM134,323.83 selepas terperdaya dengan sindiket pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 30 tahun yang bertugas di sebuah hospital kerajaan pada 14 November lalu.

“Mangsa menyatakan pada 24 Mei 2023 dia menyertai seminar melalui ‘Google Meet’ dan ditawarkan beberapa pakej pelaburan berjumlah RM138,000. Mangsa dijanjikan keuntungan setiap bulan sebanyak RM 5,000 selama dua tahun.

“Mangsa yang berminat dengan tawaran itu membuat pembayaran keseluruhan sebanyak RM138,000 secara dalam talian ke dalam satu akaun syarikat pada 4 Julai hingga 6 Julai 2023,,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raiz Mukhliz berkata, sepanjang tempoh itu, mangsa hanya menerima dividen sebanyak RM3,676.13. Wanita itu berasa tertipu apabila individu tersebut menyatakan syarikat mengalami kerugian dan tidak dapat membayar wang dividen yang dilaburkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI