fbpx

Mural diguna tanpa izin, pelukis ajak AirAsia berbincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran terbabit.

PETALING JAYA – Seorang pelukis terkejut apabila mendapati lukisan muralnya yang popular di George Town, Pulau Pinang digunakan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia tanpa pengetahuannya.

Ernest Zacharevic dalam satu hantaran di Instagram Storynya baru-baru ini telah memuat naik gambar pesawat tersebut yang menggunakan mural terkenal berkenaan.

Ernest turut memetik nama Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd., Tan Sri Tony Fernandes.

“Saya rasa kita perlu berbincang,” katanya dalam hantaran itu.

Difahamkan gambar pesawat tersebut diambil di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada 22 November lalu.

Memetik laporan akhbar Singapura, Zacharevic memaklumkan syarikat terbabit tidak mendapat persetujuannya untuk menggunakan mural terbabit.

“Saya mula melihatnya di Instagram rakan saya dan kemudian melihat sendiri di lapangan terbang Jumaat lalu,” katanya.

Bagaimanapun katanya, dia belum bercadang mengambil tindakan undang-undang namun akan berbincang dengan pihak AirAsia terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI