fbpx

6 remaja nyaris lemas, sampan karam di tengah tasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Remaja yang hampir lemas di tengah tasik sekitar Puncak Alam berjaya diselamatkan orang awam.

SUNGAI BULOH – Enam remaja lelaki berusia 13 tahun berdepan detik cemas apabila sampan yang mereka naiki karam di tengah tasik kawasan Puncak Alam, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan empat daripada mereka terjatuh ke dalam tasik pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, berikutan dari maklumat, pihak polis telah menghubungi Balai Bomba Bukit Jelutong dan menghantar kereta peronda ke lokasi untuk memberikan bantuan.

“Setibanya di lokasi, pihak polis telah dimaklumkan bahawa empat remaja yang dikhuatiri lemas itu berjaya diselamatkan oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila enam remaja tersebut keluar memancing dan menggunakan sebuah sampan yang terdampar di tepi tasik untuk memancing sehingga karam di tengah tasik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, dua daripada mereka sempat menyelamatkan diri kerana mahir berenang.

“Polis mengucapkan ribuan terima kasih tindakan pantas Mohd Nor Khalid yang merupakan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang bertugas di Kem Sungai Buloh di atas pertolongan yang diluhurkan dalam menyelamatkan empat remaja daripada lemas.

“Sehubungan itu, semua ibu bapa dinasihati agar sentiasa mengawasi anak-anak agar insiden sebegini tidak berulang di masa akan datang,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI