fbpx

Sanusi dakwa ada agenda mahu gagalkan projek swasta di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi

ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa terdapat ‘agenda besar’ untuk menggagalkan projek pembangunan yang dirancang di negeri ini.

Muhammad Sanusi berkata demikian ketika isu pembatalan projek Langkasuka bernilai RM40 bilion menjadi perbahasan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

“Saya tahu projek-projek yang terlibat di Kedah ini dikenakan macam-macam sekatan dan tekanan macam kes yang saya sebut semalam itu saya tahu dia kena apa tapi saya tidak mahu sebut apa.

“Tidak sesuai disebut di DUN ini tetapi ada ‘grand design’ untuk gagalkan projek yang diambil oleh swasta ini untuk tak jadi di Kedah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada Teh Swee Leong (PH-Kota Darulaman) yang membangkitkan perkembangan terkini itu ketika Muhammad Sanusi menjawab soalan lisan berkaitan pembangunan projek Pelabuhan Laut Dalam Kuala Sanglang di Jerlun, dekat sini.

Muhammad Sanusi menambah, pengumuman berkaitan sesuatu projek pembangunan termasuk daripada pelabur swasta merupakan kebiasaan bagi memberi kelebihan kepada pihak terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI