PETALING JAYA – Atas permintaan pasaran terhadap susu tepung semulajadi, Farm Fresh Berhad memperkenalkan format baharu susu tepung paket besar 500gram (g) dan 800g serta 30g dalam bentuk sachet yang mudah bawa ke mana-mana sahaja.
Dijenamakan sebagai Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow, ia telah mula dipasarkan pada awal tahun ini dan sesuai untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun.
Menurut Farm Fresh, susu berkenaan kaya dengan nutrisi asas seperti kalsium dan vitamin serta protein yang membantu tumbesaran yang seimbang.
Ia juga mengandungi nutrisi penting seperti probiotik dan prebiotik yang membantu percernaan dan kesihatan usus.
Sebelum ini, Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow telah diperkenalkan di pasaran pada akhir tahun lalu dalam bentuk UHT 125ml dan 200ml.
“Susu Tepung Rumusan Farm Fresh Grow yang terbaru ini dihasilkan daripada susu segar yang tulen dan dilengkapi dengan probiotik dan prebiotik. Ia juga disertakan dengan lebih 100 juta CFU/100g Bifidobacterium lactis BB-12.
“Ia mengandungi 0% maltodekstrin, 0% minyak sayuran, 0% kalsium karbonat, 0% sukrosa, dan susu lembu asli, DHA, inulin, protein, taurina, kalsium semulajadi, magnesium, besi, zink, kolina, dan 22 vitamin dan mineral penting yang lain, seperti Vitamin D3, A, B2, B3, dan C,”katanya.
Misi Farm Fresh juga adalah untuk mengeluarkan produk yang fokus pada penggunaan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan semulajadi.
Justeru itu, pengeluaran susu tepung rumusan Farm Fresh Grow sejajar dengan misi agar susu tepung yang dihasilkan sesuai dengan keperluan fizikal kanak-kanak tanpa sebarang bahan tambahan dan komplikasi yang tidak diperlukan.
Malah, seorang doktor gigi, Dr. Zaidatul Hasanah dalam sebuah klip video di aplikasi TikTok mendedahkan bahawa susu kanak-kanak yang disertakan dengan probiotik dan prebiotik mempunyai pelbagai manfaat untuk menyokong kesihatan gigi dan kesejahteraan keseluruhan.
“Probiotik dan prebiotik terbaik untuk gigi anak anda. Probiotik adalah organisma baik yang membantu dalam keseimbangan bakteria dalam mulut supaya masalah gusi dan gigi berlubang dapat dielakkan.”
“Prebiotik pula berfungsi sebagai makanan untuk bakteria baik dan membantu dalam pertumbuhan probiotik dalam mulut dan usus.
“Kedua-dua probiotik dan prebiotik memainkan peranan yang penting dalam menyokong pencernaan dan meningkatkan fungsi imun,”katanya.
Beliau juga menekankan kepentingan membeli susu kanak-kanak yang membekalkan nutrien penting seperti kalsium dan vitamin D untuk perkembangan tulang dan gigi yang sihat.
Pada masa sama, Dr. Zaidatul turut menasihatkan ibu bapa supaya membaca label makanan, terutamanya bagi susu kanak-kanak.
Ini kerana katanya, susu yang mengandungi gula tambahan akan menyebabkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak.
“Sebagai seorang doktor gigi, saya teringin untuk berkongsi mesej yang amat penting tentang susu kanak-kanak.
“Susu yang mengandungi gula tambahan akan menyebabkan pertumbuhan bakteria yang merbahaya dalam gigi dan sekiranya susu tersebut diminum secara berlebihan, ia mungkin boleh meningkatkan risiko masalah karies gigi dan obesiti.
“Jadi, saya ingin menasihati para ibu bapa untuk sentiasa memeriksa label makanan dan pastikan tiada gula tambahan ketika membuat pilihan semasa membeli susu untuk anak anda,”katanya.
Tambah doktor terbabit, gula tambahan boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan nama seperti maltodekstrin, glukosa, sukrosa atau sirup jagung.
Selain itu, beliau juga menyarankan agar ibu bapa menghindari susu kanak kanak yang berperisa demi kesihatan dan tumbesaran yang seimbang.-KOSMO! ONLINE