fbpx

Suspek bunuh, simpan ibu dalam peti sejuk beku dituduh Seksyen 302

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peti ais dipercayai tempat mayat mangsa disorokkan dalam kejadian di Jalan Haji Abu 6, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang membunuh serta menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku sejak tahun 2021 bakal berdepan tuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu adalah hasil kertas siasatan yang telah dirujuk Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

“Tempoh reman suspek akan tamat esok dan suspek akan dituduh esok.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada AGC hari ini dan bersetuju untuk pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, sebanyak 13 rakaman percakapan saksi telah dirakam untuk membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan deorang lelaki tergamak membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu dalam kejadian di Jalan Hujan Abu 6, di sini.

Difahamkan suspek lelaki berusia 50-an membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

Mangsa yang mati dipercayai akibat dipukul itu meninggal dunia sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan diletakkan di dalam peti ais tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI