fbpx

Larangan penuh tanpa beg plastik di Selangor selama tiga hari bermula Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bakal melaksanakan larangan penuh tanpa beg plastik selama tiga hari bermula Jumaat di semua premis bermula tahun depan.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, langkah tersebut adalah antara inisiatif dalam memperkukuhkan kempen tersebut dalam menangani pencemaran alam sekitar.

Katanya, beberapa bengkel berkaitan dalam memperkuatkan dan memperketatkan penguatkuasaan berkaitan kempen tersebut dilaksanakan tahun ini.

“Kita melihat terdapat beberapa kelemahan dari segi penguatkuasaan termasuk perundangan. Sebelum tahun hadapan, insya-Allah kita mungkin menambah baik termasuk inisiatif kempen bebas beg plastik.

“Sebagai contoh, Jumaat, Sabtu dan Ahad, mungkin kita tak benarkan beg plastik langsung di mana-mana pasaraya atau tempat yang kita mahu perketatkannya,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mariam Abdul Rashid (PH – Meru) sama ada terdapat perancangan mempergiatkan kempen sifat plastik, penggunaan straw dan polisterin.

Jamaliah yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Utama menjelaskan perkara yang penting ketika ini adalah mengetahui apa punca kuasa akan digunakan melalui bidang kuasa kerajaan negeri berhubungnya.

“Ini supaya dapat memastikan apabila kita mengumumkan inisiatif seperti ini dapat dilaksanakan juga dengan tindakan penguatkuasaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama ketika menjawab soalan Abbas Salimmi Che Adzmi@Azmi berhubung pendidikan kebersihan sejak akar umbi, Jamaliah menjelaskan pihaknya akan menjalankan perbincangan bersama Kementerian Pendidikan (KPM) dan Pejabat Menteri Besar dalam melaksanakan Sekolah Ekologi.

“Pengalaman lawatan ke Bali, Indonesia mendapati ada sekolah-sekolah terpilih dijadikan Sekolah Ekologi yang menerapkan didikan alam sekitar seperti kitar semula dan tidak boleh membawa beg plastik ke dalam sekolah.

“Jadi, kita melihat ruang dalam menjadikan sekolah sebegitu sebagai projek rintis di Selangor dengan dinamakan seperti Sekolah Lestari. Sekiranya, perbincangan berjaya, kita umum tahun hadapan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI