fbpx

21,156 kandungan, berita palsu di media sosial telah diturunkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi memaklumkan sebanyak 21,156 kandungan palsu telah diturunkan oleh penyedia platform media sosial sejak tahun 2022 sehingga 15 November lalu.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, tindakan terbabit dibuat berdasarkan pertimbangan dan penilaian oleh penyedia platform itu sendiri mengikut standard komuniti yang telah ditetapkan.

“Bagi tindakan penguatkuasaan pula, sebanyak 198 kes bagi elemen palsu telah disiasat dan daripada jumlah tersebut sebanyak lima kes telah didakwa oleh
Jabatan Peguam Negara dan dijatuhkan hukuman,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian demikian ketika menjawab pertanyaan Riduan Rubin (Bebas-Tenom) berkaitan penyebaran maklumat palsu sehingga menimbulkan kegentaran dan mengganggu ketenteraman awam.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai cadangan kementerian untuk menggubal undang-undang yang komprehensif, inklusif dan sesuai dengan peredaran zaman, Nie Ching berkata, Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Akta 588 telah diluluskan dalam
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 22 November lalu.

Katanya, RUU berkenaan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Parlimen pada Disember ini.

“Dalam cadangan pindaan kepada Akta 588, evolusi teknologi dan peningkatan tahap penggunaan serta kebergantungan kepada teknologi telah diteliti dan diambil kira bagi menangani ancaman di alam siber.

“Ia termasuk isu penyebaran maklumat palsu melalui platform dalam talian sehingga menyebabkan kemudaratan kepada pengguna,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI