fbpx

JIM laksana eSP untuk warga asing mula Januari 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin ketika Peluncuran Sistem Pas Khas Dalam Talian (eSP) pada majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri bagi bulan November 2024 di Setia Perkasa, KDN, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen akan memperkenalkan pas khas dalam talian (eSP) khusus bagi warga asing yang ingin memasuki dan tinggal di Malaysia tidak melebihi tempoh 30 hari, bermula Januari tahun depan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif itu adalah antara usaha pendigitalan agensi selain mengurangkan kesesakan di kaunter JIM.

Beliau berkata, pas khas ini dikeluarkan berdasarkan peraturan 14, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“eSP adalah platform permohonan pas khas secara dalam talian dalam menguruskan keberadaan pemegang Pas Lawatan Sosial (PLS) Jangka Panjang dan Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) yang mempunyai pas yang masih sah.

“Mana-mana warganegara asing yang sedang menunggu keputusan untuk permohonan baharu, lanjutan, pertukaran PLS Jangka Panjang, PLIK atau yang mengalami masalah seperti sakit kemalangan jalan raya, bencana alam dan berada di dalam situasi yang di luar kawalan boleh memohon eSP ini.

“Secara asasnya, eSP adalah suatu kemudahan kepada pemohon dalam menguruskan hal-hal berkaitan imigresen, terutama dalam situasi kecemasan atau yang memerlukan pertimbangan khas,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, KDN tidak akan berkompromi dari aspek keselamatan meskipun proses permohonan dilakukan secara dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI