fbpx

Kedah harap Kerajaan Persekutuan lulus projek pelabuhan Kuala Sanglang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua DUN Kedah di Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Cadangan projek berimpak tinggi, Pelabuhan Laut Dalam Kuala Sanglang kini diperhalusi oleh syarikat pelabur sebelum dimuktamadkan hujung tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, syarikat itu juga mengemukakan cadangan pelabuhan tersebut kepada Kementerian Pengangkutan termasuk melakukan penambahbaikan berdasarkan maklum balas diterima daripada kementerian.

“Dalam pada itu, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN) mengadakan beberapa siri perbincangan dan mesyuarat teknikal bagi memperhalusi kesesuaian lokasi tapak dan bentuk pembangunan projek dicadangkan oleh pihak syarikat. Ia dijangka dimuktamadkan pada akhir tahun ini.

“Pada masa sama, adalah diharapkan cadangan pelabuhan ini mendapat sokongan serta kelulusan Kerajaan Persekutuan kerana manfaatnya yang besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan negara,” katanya dalam sesi  jawapan lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan lisan yang dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Mohd. Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Bersatu-Kota Siputeh) berkaitan status pembangunan pelabuhan tersebut.

Mengulas lanjut, kata Muhammad Sanusi, pelabuhan itu akan  dibangunkan melalui inisiatif pihak swasta dengan pembangunan sebuah pelabuhan kargo ‘landbridge’ yang berfungsi sebagai jalan pintas antara Laut Andaman dan Gulf of Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI