fbpx

Fairuz Selamat teruja kongsi markah dengan Ning Baizura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Setelah hampir 20 tahun tidak membuat kemunculan di atas pentas, penyanyi Fairuz Selamat bersyukur apabila berjaya meraih kedudukan ketiga pada minggu pertama konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).

Kata Fairuz atau nama lengkapnya Mohd. Fairuz Selamat, 39, mendapat markah 67 peratus daripada barisan juri profesional itu secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat untuk memberikan persembahan yang lebih baik pada minggu hadapan.

Lebih mengujakan apabila Fairuz turut berkongsi markah yang sama dengan penyanyi berstatus Diva Ning Baizura iaitu 67 peratus.

“Syukur alhamdulillah. Saya sangat terharu apabila mendapat markah sebegitu daripada pihak juri. Saya bersyukur apabila pihak juri dapat melihat bakat nyanyian saya.

“Tetapi, berada di posisi yang ketiga itu juga memberikan sedikit tekanan kepada saya apatah lagi berkongsi markah dengan penyanyi tersohor, Ning Baizura,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui semalam.

Biarpun berjaya mendapat kedudukan ketiga dan berkongsi mata dengan bintang popular, Fairuz bagaimanapun tidak melihat itu sebagai alasan untuk mendabik dada.

“Ini baru minggu pertama, Sebolehnya saya tidak mahu markah itu dikongsi kepada umum kerana saya berasa sangat malu.

“Biarpun markah saya dan Ning sama, tetapi kemahiran nyanyian dan pengalaman kami sanat berbeza.

“Pada saya di minggu pertama ini masing-masing masih belum menunjukkan ‘taring’. Jadi kalau hendak mengatakan tahap saya sama dengan penyanyi profesional itu mustahil,” katanya.

Persembahan minggu pertama GV11 itu menyaksikan Liza Aziz berada di kedudukan pertama dengan markah sebanyak 77.50 peratus sementara Dyrga Dadali di kedudukan kedua dengan kutipan mata 67.50 peratus.

Diikuti oleh Fairuz di tempat ketiga manakala Ning di tempat keempat dengan jumlah mata serupa iaitu 67 peratus.

Kemudian Sheila Abdull (65.75 peratus), Zehra Zambri (63.75 peratus), Yazid Lovehunters (63.25 peratus), The Lima (62.25 peratus), Ronnie Hussein (61.50 peratus).

Seterusnya Inka Christie (61 peratus), Nai Dinamik (59.5 peratus), Reshmonu (57.5 peratus), Arrora Salwa (53.25 peratus) dan Illa Sabry (52.75 peratus).

Persembahan kesemua peserta diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI