fbpx

Bangkok, Paris, Moscow, Bali, London tiada papan tanda Mandarin – Dr. Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maszlee

PETALING JAYA – Pelancong asing tidak datang ke Malaysia disebabkan promosi yang tidak rancak, bukan kerana tiada papan tanda bertulisan Mandarin.

Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, faktor lain menyumbang kepada keadaan itu adalah produk pelancongan di Malaysia tidak semeriah di negara lain.

“Bangkok, Paris, Moscow, Bali, London semua tiada papan tanda Mandarin, tetapi kebanjiran pelancong jauh melebihi Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing sebelum ini mengkritik tindakan penguatkuasaan mengenai peraturan papan tanda dwibahasa oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Beliau berpandangan tindakan itu mengakibatkan tindak balas emosi dan melampaui batas sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati serta wujud persepsi negatif dalam kalangan pelancong.

King Sing dipetik berkata, tindakan itu menyebabkan pelancong mempersoalkan keterbukaan dan keterangkuman Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.

Maszlee yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, faktor lain menyumbang kepada perkara itu adalah kemudahan untuk pelancongan tidak bersepadu.

Menurut beliau, tiada applikasi serbaguna buatan Malaysia yang boleh membantu pelancong mendapatkan info bersepadu. memudahkan perjalanan dan memudahkan utusan pembayaran secara terangkum.

“Harap YBM dapat kemukakan Kad Laporan pencapaian beliau sempena dua tahun menjadi Menteri Kerajaan Perpaduan. Biarkan rakyat menilai,” kata Maszlee. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI