fbpx

Pelajar maut, dua cedera motosikal langgar kon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL EMELDA meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

MELAKA – Seorang pelajar perempuan maut, manakala dua lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang terbabas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Peringgit Jaya, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, mangsa, Nurul Emelda Faiz Wendyson, 17, yang menunggang motosikal Honda C1004-MA disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala pembonceng dikenali sebagai Naila, 20, luka di beberapa anggota badan.

Seorang lagi penunggang yang juga pelajar sekolah, Mohammad Fazlyzan Shah Mohd. Farid yang menunggang motosikal Honda Vario ACB cedera di tangan kanan dan kiri, siku serta lutut kanan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang Nurul Emelda yang dari arah Merlimau menghala ke Balai Panjang hilang kawalan dan melanggar kon penghadang jalan di sebelah kiri.

“Penunggang dan pembonceng terjatuh menyebabkan motosikal ditunggang Mohammad Fazlyzan yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

“Motosikal ditunggang Nurul Emelda disyaki hilang kawalan semasa menuruni jejambat sebelum melanggar kon,” katanya kepada pemberita.

Beliau memberitahu, siasatan mendapati kesemua mangsa tidak mempunyai lesen memandu. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI