fbpx

17 ahli keluarga hidup bersesak dalam rumah usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE SOH (kiri) bersama sebahagian ahli keluarganya yang tinggal di rumah milik ibu bapa isterinya.

KOTA BHARU – Seramai 17 orang daripada empat buah keluarga terpaksa tinggal dalam keadaan bersesak di sebuah rumah berusia lebih 50 tahun yang sudah usang di Kampung Tasik, Badang di sini.

Rumah yang hanya mempunyai sebuah dapur, sebuah bilik air dan tiga bilik tidur itu dikongsi oleh keempat-empat keluarga terdiri daripada ipar-duai dan biras mereka yang tinggal di situ.

Bagaimanapun, mereka seke­luarga yang mempunyai pertalian keluarga terdiri daripada 10 orang dewasa berusia antara 24 hingga 60 tahun dan tujuh kanak-kanak berusia tiga hingga lapan tahun itu terpaksa berhimpit dalam satu rumah kerana tidak mampu menyewa di tempat lain.

Tidak cukup dengan itu, perihal makan kesemua ahli keluarga itu juga tidak menentu dan tidak memilih makanan asal dapat mengalas perut mereka.

Ketua keluarga itu, Che Soh Jaafar, 60, berkata, rumah itu sebenarnya milik ibu bapa kepada isterinya, Jamilah Ramli, 46, dan mereka sudah tinggal di situ sejak 10 tahun lalu.

Katanya, sehingga kini, ada antara ahli keluarga hanya tidur di ruang tamu rumah kerana bilik tidur tidak mencukupi untuk menampung kapasiti individu yang tinggal di rumahnya.

Ujarnya, tidak hanya berkongsi tempat tinggal, ahli keluarga yang sudah bekerja turut kongsi bayar bil elektrik, air dan membeli barangan dapur.

“Saya hanya ambil upah jahit pukat nelayan. Satu pukat saya ambil upah RM50,” katanya ketika ditemui pemberita di rumah­nya di sini kelmarin.

Seorang lagi penghuni rumah itu, Nor Shahida Mokhtar, 24, berkata, dia tinggal di rumah itu sejak dua tahun lalu bersama suami kerana tidak mampu menyewa.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh hubungi Che Soh di 013-7373701.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI