fbpx

Sah Nafuzi tinggalkan KDA FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nafuzi

ALOR SETAR – Tanda tanya sama ada Nafuzi Zain akan meninggalkan Kedah Darul Aman FC akhirnya terjawab apabila beliau sah meletak jawatan selaku ketua jurulatih pasukan itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman berhubung perkara itu dilakukan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin dalam satu kenyataan rasmi, malam ini.

Shahrul berkata, pihak pengurusan telah menerima permohonan perletakan jawatan daripada Nafuzi pada hari ini.

“Permohonan ini telah diperhalusi dengan sedalamnya oleh pihak pemilik, ahli lembaga pengarah dan pengurusan yang diterima dengan rasa berat hati tetapi penuh rasa hormat,” katanya.

Katanya, kelab mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti Nafuzi selama ini serta mendoakan beliau terus berjaya dalam perjalanan kariernya selepas ini.

Susulan itu ujarnya, KDA FC bersetuju untuk melantik penolong jurulatih, Victor Andrag sebagai Ketua Jurulatih Interim pasukan Liga Super Kedah bermula esok.

“Pihak pengurusan akan menilai serta membuat keputusan dari masa ke masa mengenai calon ketua jurulatih pasukan yang tetap mengikut keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki kancah Liga Malaysia 2024/2025,” ujarnya.

Kelmarin, KDA FC turut kehilangan tonggak import yang juga ketua pasukan mereka, Sony Norde yang mengesahkan akan berkelana ke Indonesia bermula Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI