fbpx

Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti, jiwa seni Malaysia – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerusi hantaran di media sosial rasminya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Ahmad Nawab.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemergian Tokoh Seniman Negara, Tan Sri Datuk Seri Ahmad Khan Nawab Khan yang meninggal dunia petang tadi, sebagai satu kehilangan besar terutama buat industri seni tanah air.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook miliknya berkata, Ahmad, 92, bukan sekadar seorang komposer dan pemuzik unggul tetapi beliau akan sentiasa dikenang sebagai seorang legenda yang tiada galang ganti.

“Negara kehilangan seorang tokoh dan permata seni yang begitu besar jasanya dalam memperkayakan landskap muzik tanah air, bukan sahaja menjadi warisan seni, tetapi juga menjadi pengikat perpaduan di dalam masyarakat kita.

“Tan Sri Ahmad Nawab bukan sekadar komposer dan pemuzik unggul, tetapi beliau adalah jiwa seni Malaysia yang telah menyentuh hati jutaan rakyat melalui karya-karya puitis yang penuh keindahan dan makna,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham. Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisiNya. Insya-Allah. Al-Fatihah,” katanya.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan, Allahyarham Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada pulul 3.15 petang tadi.

Berita sedih pemergian Allahyarham itu disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan.

Khairul Hafis berkata, datuknya tidak mempunyai penyakit kronik, namun keadaan Allahyarham dilaporkan lemah selepas dibenarkan pulang daripada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.

Proses pengebumian Allahyarham Ahmad dijangka disempurnakan pada pagi esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI