fbpx

120 sekatan jalan raya di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Polis Selangor bakal melancarkan kira-kira 120 sekatan jalan raya (SJR) susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, SJR itu termasuk laluan keluar masuk bagi rentas daerah dan negeri.

“Jumlah sebenar akan diketahui dalam sehari dua lagi kerana dalam proses penyusunan.

“Begitu juga penugasan anggota terlibat bergantung pada arahan serta prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa,” katanya di sini hari ini.

Justeru, beliau meminta orang ramai memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam membantu memutuskan rantaian Covid-19.

Dalam perkembangan berlainan, Arjunaidi menasihatkan masyarakat agar tidak melakukan pembelian panik kerana pelaksanaan PKP kali ini adalah merupakan fasa kedua.

“Kerajaan membenarkan orang ramai membeli barangan keperluan cuma perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang ingkar dan kita tidak akan berkompromi kepada mana-mana individu yang gagal mengikut arahan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI