PETALING JAYA – Hampir seluruh negara diramal berdepan cuaca buruk sehingga pukul 7 petang hari ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir melanda seluruh kawasan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Turut terlibat adalah Kedah (Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Maran).
“Hujan lebat juga dijangka berlaku di Sarawak di Kuching (Bau dan Kuching), Serian (Tebedu), Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod) serta seluruh Labuan,” kata MetMalaysia menerusi kenyataan. – KOSMO! ONLINE