JAKARTA – Perbuatan seorang pembantu rumah di Indonesia yang selamba memakai pakaian milik majikannya demi menghasilkan kandungan laman sosial mengundang kecaman orang ramai, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @.wati25 menunjukkan wanita itu duduk di atas lantai dan hanya berdiam diri ketika dimarahi oleh majikannya.
Selain pakaian, dia turut mengambil beberapa barangan lain seperti jam tangan dan telefon bimbit.
Barang-barang tersebut dipakai untuk melakukan video di TikTok.
Video lain di akaun yang sama memaparkan wanita itu berjoget ketika memakai pakaian majikannya sambil menghisap vape.
Rakaman itu mencatatkan lebih 49.7 juta tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai di ruangan komen.
“Seeloknya dipecat!” marah seorang netizen.
“Saya sendiri tidak gemar jika barang saya dipakai oleh orang lain! Ini kurang ajar!” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI