JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang remaja berusia 17 tahun bersalin secara tiba-tiba di sebuah kawasan kebun, lapor portal berita Tribunnews semalam.
Kejadian berlaku di Jember, wilayah Jawa Timur.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @jemberpedia pada Jumaat lalu menunjukkan remaja berkenaan bersalin di tengah jalan.
Beberapa penduduk tempatan turut hadir untuk membantu gadis itu melahirkan anak sebelum membawa dia dan bayinya ke hospital berdekatan.
Rakaman itu mencatatkan lebih 113,200 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Wajah wanita itu kelihatan pucat, tolong bawanya ke hospital dengan segera,” komen seorang netizen.
“Semoga ibu dan anaknya sihat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI