BEIJING – Sebuah syarikat teknologi di China menawarkan ganjaran wang tunai kepada pekerjanya yang keluar berjanji temu, lapor portal berita Hindustan Times semalam.
Langkah itu bertujuan untuk meningkatkan kebahagiaan di tempat kerja di tengah-tengah penurunan kadar perkahwinan dan kelahiran di negara itu.
Syarikat Insta360 yang berpangkalan di Shenzhen itu menawarkan wang tunai 66 yuan (RM40) kepada pekerjanya untuk berjanji temu dengan seorang individu di luar firma tersebut.
Pekerja yang mengekalkan hubungan selama tiga bulan dengan pasangan yang baru dikenalinya pula layak mendapat ganjaran yang lebih besar.
Mereka dan pengatur jodoh akan menerima 1,000 yuan (RM620) setiap seorang jika berjaya sampai ke tahap itu. – AGENSI