fbpx

MotoGP: Jentera Honda masih banyak masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO menjadi pelumba terbaharu mengkritik jentera Honda yang dianggap tidak banyak berubah selepas sesi ujian di Barcelona minggu lalu. - AFP

BARCELONA – Pelumba berpengalaman, Johann Zarco mengakui tidak gembira dengan jentera pasukan Honda musim 2025, RC213V yang dianggap tidak berada dalam tahap terbaik selepas menunggang jentera tersebut pada sesi ujian bebas minggu lalu.

Zarco bukanlah pelumba Honda pertama yang mengkritik jentera keluaran syarikat automatif gergasi Jepun itu sebaliknya perkara yang sama turut disuarakan oleh bekas juara dunia MotoGP edisi 2020, Joan Mir.

Meskipun berjaya meraih catatan ke-10 terpantas selepas 65 pusingan di Litar Barcelona, Zarco percaya masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sekiranya berhasrat untuk mencabar gelaran dunia pada tahun depan.

“Kita mendapat jentera yang baharu dan selepas menunggang uji, saya rasa petanda awal tidak begitu positif. Saya terpaksa ubah beberapa perkara agar dapat memberikan prestasi terbaik sepanjang sesi ujian sebelum ini.

“Namun, saya harap pada sesi ujian Februari depan, jentera ini akan bertambah baik kerana jika Honda mahu kembali kompetitif, kita perlukan jentera yang mampu berdaya saing dan konsisten,” katanya.

Mengulas lanjut, pelumba kelahiran Perancis berusia 34 tahun itu mengakui masih belum masa untuk menekan butang panik kerana segalanya terlalu awal dan ada ruang untuk perbaiki segala kelemahan.

“Buat masa ini, jelas kita masih ketinggalan daripada Ducati. Paling utama pada tahun depan kita perlu mencatat masa yang lebih pantas dan selebihnya bergantung kepada kepakaran masing-masing,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI