KLANG – Kehilangan seorang nelayan yang mahu memeriksa perangkap ketam di sekitar Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang di sini, terjawab apabila mayatnya ditemukan hari ini.
Mayat Allahyarham Mazlan Ahmad Tamin, 53, ditemui pukul 1 tengah hari tadi selepas dipercayai terjatuh ke laut ketika menaiki sebuah sampan kira-kira pukul 8.30 pagi semalam.
Abang mangsa, Azman, 55, ketika kejadian dia sedang menangkap ikan di laut dan terkejut menerima maklumat daripada komuniti nelayan setempat bahawa mangsa dikatakan terjatuh dari sampan.
“Saya bersama nelayan dan pihak berkuasa kemudian segera giat menjalankan pencarian sehingga malam tadi,” katanya di lokasi kejadian itu.-KOSMO! ONLINE