fbpx

11 Loji Rawatan Air siap di Kelantan menjelang 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua DUN Kelantan Ke-15 yang berlangsung di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menjangkakan pertambahan 11 buah Loji Rawatan Air (LRA) menjelang 2028 dalam usaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, pertambahan dalam tempoh empat tahun itu menjadikan jumlah keseluruhan LRA di Kelantan kepada 54 buah berbanding 43 buah ketika ini.

Menurutnya, jumlah LRA sedia ada tidak mampu untuk menampung keperluan bekalan air rakyat di Kelantan secara keseluruhan.

“Kerajaan negeri mengambil maklum mengenai masalah bekalan air untuk rakyat. Kita sedang mengusahakan pembinaan LRA Kelar 2 di Pasir Mas yang dijangka siap pada tahun 2028.

“LRA Kelar 2 mempunyai kapasiti 2.5 juta liter sehari berbanding bekalan air sedia ada iaitu sebanyak 1.35 juta liter sehari,” katanya ketika menjawab soalan Kamaruzaman Mohamed (Pas-Gual Periok) pada Persidangan Kali Ketiga (Belanjawan) Bagi Tempoh Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI