fbpx

‘Boleh beli lampin pakai buang’ – Shima lebih selasa ‘kerja’ di TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shima tetap tabah meneruskan kehidupan walaupun berdepan dengan dugaan termasuk masalah kesihatan. - SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama tidak menerima undangan nyanyian, penyanyi Shima menjadikan aplikasi TikTok sebagai medan untuknya mencari rezeki.

Tidak menjual barang sebaliknya Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 55, meraih pendapatan dengan menyanyi secara langsung menerusi aplikasi popular berkenaan.

“Setiap malam jika ada kelapangan saya akan buat live di TikTok. Saya anggap live di TikTok sebagai satu pekerjaan dengan menghiburkan pengikut dan mereka akan memberi ‘gift’.

“Tidaklah kaya pun sebab saya hanya menyanyi bukan menjual barang. Saya mencari rezeki di situ. Alhamdulillah dapat membantu saya menjana pendapatan.

“Lepaslah untuk saya beli keperluan harian seperti ikan dan lampin pakai buang. Saya seronok dan bersyukur bukan saya sahaja tetapi ramai rakan-rakan seangkatan juga aktif di platform ini,” ujar Shima.

Berkongsi tentang status kesihatannya, Shima yang sebelum ini pernah tular kerana menghidapi sakit tulang belakang (slip disc) dan lemah pundi kencing mennjelaskan dia masih bergantung kepada ubat-ubatan.

Kini, meskipun nampak sihat, penyanyi yang popular dengan lagu Teringin itu juga menghidapi bronkitis.

“Saya nampak okey tetapi sebenarnya tengah menanggung sakit. Dulu saya berniaga makanan tetapi disebabkan slip disc doktor tidak menyarankan saya melakukan kerja-kerja yang berat,” kata Shima.

Shima (berbaju hijau) menerima sumbangan daripada Pengerusi Yayasan Pekema iaitu Datuk Mohamed Nazari Noordin (kanan sekali) dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez. – SYAKIR RADIN

Shima ditemui ketika Majlis Sumbangsih Prihatin anjuran Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang berlangsung pada Sabtu.

Majlis tersebut juga mendapat kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia dan Shima tersenarai antara 30 orang penerima sumbangan dengan jumlah sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Dalam pada itu, Shima sempat meluahkan rasa kecewa apabila sering diberi janji kosong untuk membuat persembahan pentas.

Walaupun dalam keadaan sakit, Shima masih mencintai bidang muzik dan masih boleh menyanyi dengan baik.

“Ada yang mesej di TikTok dan di WhatsApp untuk persembahan pentas tetapi semua hanyalah janji kosong.

“Saya tidak sukalah begitu, jangan beri harapan pada orang,” tutur Shima.

Selebriti lain yang turut menerima sumbangan adalah Zaiton Sameon, Shuib Freedom, Mariam Ahmad, Norlia Ghani, Ali XPDC, Isma Alif, Sheqal, Sazali P. Ramlee, Shasha Rohaizad, Nas Ahmad, Alfred Ho, Roy, Datuk Jefrydin, Datuk Andre Goh dan Zul Mahat.

Selain itu, Sathiya, Yus Barat, M Jamil, Sofia Ibrahim, Mak Wan, Dr. Sam, Mak Jah, Kieran, Ebby Yus, Harun Hashim, Ruslan Salleh, Murali Abdullah, Zaleha Hamid dan Datuk Sarimah Ahmad juga tidak ketinggalan menerima sumbangan.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah Pengerusi Yayasan Pekema iaitu Datuk Mohamed Nazari Noordin dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI