PETALING JAYA – Sebuah kereta jenis Proton Wira mencuri tumpuan apabila pemandunya mengambil risiko untuk meredah banjir di Jambatan Kampung Belanga dekat Kualai Krai, Kelantan, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok P3YY, memaparkan keadaan jambatan itu yang sudah ditenggalami air akibat limpahan Sungai Pahi.
Dalam video berdurasi 12 saat itu, kenderaan terbabit bagaimanapun dilihat berjaya meredah banjir yang deras tanpa sebarang kesukaran.
Difahamkan, Jambatan Kampung Belanga itu meruapakan laluan utama dan sering digunakan penduduk kampung untuk ke Bandar Kuala Krai.
Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial meluah rasa kagum dengan keupayaan kenderaan terbabit.
“Wira dah ambil alih pangkat Perodua Myvi jadi king baharu,” kata Ru.
“Sebab ini kita pakai Wira juga. Makin naik harga lah Wira lepasni,” ujar Ziggo.
“Memang betul-betul ‘wira’. Kereta lain pun tak berani,” jelas Kelly.
Sementara itu, seorang pengguna dikenali sebagai Jie menyarankan pihak berkaitan untuk menaik taraf jambatan tersebut bagi mengelakkan ia dinaiki air setiap kali musim tengkujuh.
“Setiap tahun naik air dekat Kampung Belanga ini. Bagi saya lah, kenapa tak bina jambatan tinggi sikit?” Soalnya. – KOSMO! ONLINE
@peyy_dbs2 Hero sudah keluarr😂😂#fyp #banjir2024 #sukanlasak ♬ original sound – Ku Pendikir