fbpx

[VIDEO] Rantau Panjang mula dilanda bah, 7 keluarga berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan rumah penduduk di Kampung Tersang, Rantau Panjang yang terjejas banjir susulan limpahan air Sungai Golok hari ini. FOTO ROHANA ISMAIL

RANTAU PANJANG – Seramai 32 mangsa banjir yang terdiri daripada tujuh buah keluarga menjadi kumpulan pertama yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh di sini hari ini.

Rumah mereka di Kampung Bendang Perol di sini dinaiki air akibat limpahan Sungai Golok susulan hujan renyai-renyai berterusan pada malam tadi.

Seorang mangsa banjir, Nurul Atikah Abdul Rashid, 24, berkata, dia bersama ahli keluarganya yang lain berpindah secara sukarela ke PPS SK Gual To’ Deh kira-kira pukul 11 malam kerana khuatir akan terperangkap di dalam rumah sekiranya hujan lebat melanda kampung tersebut.

“Air setinggi 0.4 meter sudah masuk ke dalam rumah kami pada malam tadi. Jika tunggu sehingga pagi, mungkin kami tidak dapat keluar ke PPS. Kami perlu berjalan kaki meredah air separas pinggang sejauh 600 meter untuk je jalan utama yang masih tidak terjejas banjir,” katanya.

Sementara itu, Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, dua buah PPS dibuka di Kelantan yang menempatkan seramai 76 mangsa banjir.

Seramai 44 mangsa banjir berlindung di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok manakala 32 orang lagi di SK Gual To’ Deh di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI