JOHOR BAHRU – Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Taman Mount Austin, di sini, semalam dan menahan 15 wanita warganegara asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam serbuan Op Noda pada pukul 1.30 pagi, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 34 tahun.
“Serbuan turut menahan seorang lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga kaunter berusia 35 tahun dan merampas barangan seperti ‘mixer’, pembesar suara dan mikrofon termasuk tiga helai resit perniagaan serta tiga helai kain selempang RM200, RM300 dan RM1,314.
“Premis itu disyaki menjalankan perniagaan hiburan tanpa lesen dan menggaji pekerja asing tanpa permit selain menyalahgunakan pas lawatan serta bekerja tanpa permit yang sah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE