fbpx

Pemandu e-hailing berputih mata wang RM218,000 dikebas scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KULAI – Pemandu e-hailing berputih mata setelah keuntungan pelaburan kira-kira setengah juta tidak dapat dikeluarkan, malah wang dilaburkan sebanyak RM218,000 lebur dikebas scammer.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima aduan dari lelaki tempatan berusia 49 tahun berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai, kelmarin.

Katanya, menurut laporan dibuat mangsa, lelaki itu tertarik untuk membuat pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak tiga hingga lima peratus dalam tempoh tiga hari sahaja serta boleh memantau keuntungan menerusi aplikasi perkhidmatan kewangan.

“Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa telah membuat tujuh kali transasksi pembayaran berjumlah RM218,000 ke dalam tiga akaun tempatan berlainan antara 16 Oktober hingga 13 November lalu.

“Mangsa juga mendakwa telah membuat semakan pada aplikasi perkhidmatan kewangan miliknya dan mendapati keuntungan yang diperolehi sebanyak RM500,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI