fbpx

Az Zuha komited urus jemaah haji dengan professional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Malik (tengah) bersama Ketua Pegawai Pemasaran, Muhammad Redzwan Abdul Aziz (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi, Muhammad Nasrullah Roslan.

PETALING JAYA – Kepercayaan dan keyakinan jemaah mengerjakan haji sebelum ini membolehkan Az Zuha Group Travel & Tours sekali lagi dilantik sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1446H/2025M.

Ketua Pegawai Eksekutif Az Zuha, Abdul Malik Abdul Raman berkata, pelantikan itu juga membuktikan Az Zuha telah menyantuni jemaah haji dengan penuh dedikasi dan profesional.

Jelas beliau, pihaknya juga sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik, disokong oleh usaha berterusan memperkenalkan pelbagai penambahbaikan dan inovasi setiap tahun demi memastikan pengalaman jemaah haji sentiasa ditingkatkan.

“Kami amat bersyukur kepada Allah SWT atas amanah ini dan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji (TH) atas kepercayaan yang diberikan kepada Az Zuha.

“Kepercayaan ini menjadi pemangkin untuk kami terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan menyantuni para Dhuyufurrahman dengan penuh ihsan dan kasih sayang,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Abdul Malik berkata, syarikat itu telah mencatatkan prestasi cemerlang selama tiga tahun berturut-turut sebagai Pengelola Jemaah Haji.

Malah katanya, hasil penilaian positif daripada pihak TH dan maklum balas jemaah.

“Alhamdulillah, prestasi cemerlang ini adalah hasil usaha berterusan seluruh pasukan Az Zuha untuk memastikan setiap jemaah mendapat pengalaman ibadah yang terbaik.

“Ia adalah penghormatan besar buat kami untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih baik pada setiap musim,” jelasnya.

Tambahnya, Az Zuha berazam untuk terus memperkukuhkan perkhidmatan, memastikan setiap jemaah haji dapat menunaikan ibadah dengan penuh ketenangan, keselesaan, dan keberkatan pada musim 1446H.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI