fbpx

Wanita kurang siuman patah kaki jatuh flat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita dipercayai kurang siuman terselamat selepas terjatuh dari aras satu dari tingkap kediamannya di tingkat tiga, Farlim Fortune Court, Ayer Itam di sini petang tadi.

GEORGE TOWN – Seorang wanita kurang siuman mengalami patah kaki kanan selepas terjatuh di atas bumbung aras satu dari tingkap kediamannya di tingkat tiga, Farlim Fortune Court, Ayer Itam di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa berusia 44 tahun telah diselamatkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong.

Pegawai Operasinya, Safry Romli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.42 petang dan tiba ke situ kurang 10 minit kemudian.

“Sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, mangsa ditemui dalam keadaan duduk di atas bumbung tingkat satu bangunan terbabit.

“Tindakan anggota adalah menggunakan tangga jentera ke tingkat satu bagi menurunkan mangsa menggunakan ‘streacher’,” katanya di sini tadi.

Menurutnya, akibat kejadian tersebut mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan kemudiannya dibawa ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI