Menurut kajian pihak ketiga, HONOR Magic V3 merupakan antara jenama telefon boleh lipat paling laris dalam tempoh sebulan selepas diluncurkan di pasaran dengan rekod jualan berganda berbanding jualan awal peranti terdahulu, HONOR Magic V2.
Kendatipun HONOR Magic V3 dilancarkan pada bulan sama dengan peranti terbaharu keluaran Apple iaitu iPhone 16, HONOR Magic V3 yang dijual pada harga RM6,999 (sama seperti iPhone 16 Pro Max) berjaya mengatasi jualan bulan pertama jenama ‘gergasi’ tersebut disebabkan kualliti dan ciri inovasinya.
Sudah dua bulan sejak pelancaran rasmi, HONOR Magic V3 telah menerima banyak maklum balas positif daripada para pengguna, berikut apa kata mereka:
- Tahan lasak: Telefon lipat ‘babyproof’
Ada satu masa apabila anak kecil saya ambil telefon dan bermain dengannya. Air liurnya ‘bersepah’ atas telefon dan dengan rakus buka bahagian dalam peranti ini dan menutupnya dengan kudrat seorang bayi namun telefon ini tahan lasak babyproof—Naveena Jeevan Kumar
- Paling ringan, nipis – pocket friendly
Rakan-rakan saya sangat kagum dengan saiz peranti ini kerana ia sangat nipis dan ringan. Sekali gus menjadikannya sangat pocket friendly dan senang untuk dibawa ke mana-mana. —Ian Thang Cheok Hung
- Eye protection lebih baik berbanding iPhone
Ciri eye comfort yang ada dalam peranti ini adalah yang paling menyerlah dan tidak terjangkau yang saya rasa sangat berguna. Ada satu ketika saya berdepan dengan masalah vertigo kerana tenung iPhone untuk tempoh yang lama. Bagaimanapun, selepas menggunakan HONOR Magic V3, tiada lagi keletihan mata atau ketidakselesaan walaupun menggunakannya untuk tempoh yang lama. —Lim Kok Wei
- Pengalaman skrin AI besar – Sokong Bahasa Melayu
Bahagian paling disukai ketika menggunakan HONOR Magic V3 ketika ujian beta ini adalah bahagian memo. Kerana bahagian memo ini adalah bahagian perekod suara yang akan merekod setiap mesyuarat dan sebagainya dan ia akan diterjemahkan dalam bentuk teks dan lebih menarik ada bahasa Melayu. Saya menyukai kerana memudahkan urusan saya mengambil nota mesyuarat, conference talk dan sebagainya. Tidak perlu mencatit semula sambil mendengar nota. —Dzulmajdi Mohamed Zom
- Kurang kebergantungan komputer
Ciri split-screen dengan display dalaman yang besar sangat berguna terutama ketika kegunaan seharian termasuk membantu memudahkan tugasan pengurusan kewangan sementelah boleh melunaskan tugasan lain seperti kertas kerja berkaitan dengan teknologi. Ia mengurangkan tahap kebergantungan saya terhadap komputer kerana saya kini boleh melakukan segala tugasan hanya dengan menggunakan V3 termasuk menikmati perihal hiburan lain (YouTube). —Lim Kok Wei
- Terjemahan face-to-face AI
Pengalaman luar biasa apabila menggunakan V3 untuk berkomunikasi dengan saudara Kazakhstan (yang hanya boleh berkomunikasi dalam bahasa Rusia) demi menyelesaikan perihal anak mereka di tempat kerja saya. —SOH CHEE HONG