fbpx

Kepala lori ‘hilang’ di Jalan Duta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang dimuat naik di Facebook,

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya dikejutkan dengan insiden mencemaskan apabila badan sebuah treler terpisah daripada kepala treler semasa melalui Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur beberapa hari lepas.

Menerusi sebuah rakaman papan pemuka (dashcam) di Facebook, treler itu dilihat berada di lorong paling kiri ketika kejadian berlaku.

Selepas melintasi sebuah lori putih, bahagian badan treler secara tiba-tiba dilihat bergerak ke arah kanan dengan sendirinya dan hampir menghimpit lori putih tersebut.

Walaupun nyaris dilanggar, lori putih itu meneruskan perjalanan seperti biasa, manakala kepala treler pula berhenti di tengah jalan raya.

Insiden ini mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, rata-rata mempersoalkan tahap penyelenggaraan kenderaan berat yang digunakan di lebuh raya bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang.

“Jarang cabut kepala kot. Sekali dah rosak ‘turn table’ tu, memang lah akan tercabut tengah jalan,” ujar Mohd. Azaim.

“Pemandu tak kunci ‘turn table’ betul-betul ke?,” tanya Mizan.

“Makin banyak kejadian ekor treler tercabut. Macam mana lah tu. ‘Swiss lock’ tak check ke?,” tulis Zai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI