fbpx

Atilia label Siti Nurhaliza ‘ratu’ senyum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATILIA menyifatkan Siti Nurhaliza bukan sahaja hebat sebagai penyanyi bahkan cemerlang menyembuyikan emosi negatif di atas pentas.

KETIKA ada segelintir pihak masih tidak berpuas hati Datuk Seri Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara, Atilia tampil memberikan pujian kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Atilia menyifatkan Siti penyanyi hebat kerana mampu menyembunyikan segala kesulitan melibatkan nyanyian dengan mengukir senyuman manis.

“Kawalan reaksi muka ketika persembahan adalah perkara penting. Nampak mudah tetapi sebenarnya tidak.

“Cemerlang dalam hal ini pastinya Siti. Dia sentiasa tersenyum ketika menyanyi dan membuatkan semuanya nampak mudah. Saya sukakannya,” ujarnya.

Betul apa yang Atilia katakan. Siti memang tak lokek dengan senyuman setiap kali membuat persembahan. Walau lagu itu sukar macam mana sekali pun, Siti tetap senyum dan tak pernah nampak dia ‘terseksa’ ketika menyanyi.

Ini salah satu sebab dia layak diangkat sebagai Biduanita Negara. Sudah-sudahlah kecam dan berhenti membanding-bandingkan kejayaan Siti dengan penyanyi lain, tak bawa faedah pun!

DIVA: Tak sabar nak tengok drama baharu peserta dan hos Gegar Vaganza musim ke-11 malam ini, apalah yang akan bikin panas!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI