fbpx

Hakisan tepi kubur, nasib baik rangka tidak hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung mengangkat jenazah yang terkeluar dari kubur akibat hakisan pantai di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Beberapa struktur pusara di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Maras di sini runtuh akibat hakisan pantai disebabkan ombak kuat musim tengkujuh semalam sehingga menampakkan kain kapan dan rangka jenazah.

Seorang waris, Siti Idayu Mohd Ali, 41, berkata, dia bergegas ke tanah perkuburan tersebut untuk menziarahi pusara ibunya, Rosnani Ngah selepas mengetahui tentang kejadian tersebut menerusi media sosial.

“Hiba saya melihat sebahagian struktur kubur runtuh sehingga menampakkan kain kapan arwah ibu. Ibu meninggal dunia akibat asma kronik sewaktu berusia 48 tahun dan jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan ini pada 2012,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang lagi waris, Nursyuhada Alias, 19, memberitahu, runtuhan pusara akibat hakisan pantai itu diketahui bapanya, Alias Othman, 65, yang menziarahi kubur arwah neneknya, Puteh Omar pada pukul 8 pagi.

“Kubur nenek terletak betul-betul berhampiran pesisir pantai yang berisiko mengalami hakisan. Ini menjadi kebimbangan waris sebelum ini kerana hakisan di Pantai Pengkalan Maras semakin menjadi-jadi sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Sementara itu, Mufti Terengganu, Datuk Mohamad Sabri Harun berkata, Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Nerus diberi kebenaran untuk mengalihkan tujuh jenazah terjejas ke kawasan kuburan baharu bagi mengelakkan mudarat lebih besar jika dihanyutkan ke laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI