fbpx

Cakap KL, Marsha tidak ‘cukup’ Sabah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARSHA MILAN

PERSAINGAN sengit pentas Muzik-Muzik separuh akhir minggu lalu menyaksikan 10 lagu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Salah seorang peserta iaitu penyanyi Marsha Milan tidak terkecuali mendapat tempat menerusi lagu Hening Rindu. Dalam pada berkongsi berita gembira itu, Marsha turut meluahkan rasa kesal apabila ada yang menuduh dirinya ‘tidak cukup Sabah’ hanya kerana pertuturannya tidak kedengaran seperti orang Sabah.

Tentu sahaja setiap negeri mempunyai gaya percakapan masing-masing yang menunjukkan dari mana asal mereka.

Namun, setelah sekian lama dalam industri, identiti Sabah dalam diri dikatakan sudah hilang.

Bagi Diva, tidak molek menilai seseorang hanya dari luaran. Apa yang Diva tahu, Marsha seorang anak seni yang optimis dan gigih memperjuangan muzik dari negeri kelahirannya.

Bukan sahaja muzik, malah dia juga giat memelihara adat resam, budaya dan tradisi Sabah biar pun menetap di Kuala Lumpur.

Bahkah, sekiranya ada kenalan artis Sabah lain yang memerlukan busana atau perhiasan tradisional, minta sahaja kepada Marsha kerana nescaya dia pasti memiliki semua yang diperlukan.

Jadi peminat tidak perlu berkata begitu kerana Marsha sangat bersungguh-sungguh menjaga martabat dan budaya etnik asal Sabah serta keunikan khazanah dari Negeri di Bawah Bayu itu.

Diva: Rindu nak dengar lagu irama etnik kreatif yang dahulunya sering dihasilkan oleh komposer popular, Allahyarham Pak Ngah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI