fbpx

Nash berjaya genggam sarjana biarpun `mata rabun’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bersama anak perempuan, menantu serta cucunya selepas tamat Majlis Konvokesyen UPSI ke-26 di Tanjung Malim hari ini.

TANJUNG MALIM – Vokalis kumpulan Lefthanded yang terkenal dengan lagu evergreen ‘Pada Syurga Di Wajahmu’, Datuk Nash mengakui masalah mata rabun antara cabaran yang beliau hadapi untuk mengenggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan secara APEL Q.

Nash atau nama sebenarnya, Nashrudin Elias, 65, berkata, cabaran itu bermula dengan banyak tugasan perlu disiapkan dan komitmen lain, namun bersyukur kerana rakan-rakan banyak membantunya dalam tempoh dua tahun setengah tersebut.

“Pihak universiti (UPSI) sediakan tapak untuk penggiat seni yang berminat melanjutkan pelajaran dalam bidang atau kerjaya seni. Peluang sudah ada maka kena belajarlah bersunguh-sungguh.

“Jika kita berada  dalam bidang persembahan kenalah belajar pengurusan persembahan dan teknikal. Umur bukan penghalang. Skop bidang seni amat luas dan ilmu dapat memastikan bidang seni diceburi berkembang maju,” katanya pada pemberita selepas Majlis Konvokesyen UPSI ke-26 di sini hari ini.

Nash berkata, selain berusaha keras, mahasiswa perlu memiliki semangat kerja berpasukan jika mahu mencapai keputusan yang baik dan pengiat seni yang mempunyai bakat anugerah Tuhan perlu ditambah nilai untuk meningkatkan diri dalam kerjaya.

“Saya bercadang melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya iaitu peringkat ijazah kedoktoran (PhD). Saya mahu mengajak lebih ramai lagi rakan seperjuangan terutama penggiat seni melanjutkan pelajaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI