fbpx

Hampir seluruh negara dilanda cuaca buruk petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semananjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan negeri yang terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Bagi Perlis, Perak dan Pulau Pinang, keadaan ini meliputi keseluruhan kawasan. Manakala di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu,” katanya.

Cuaca buruk ini turut melanda Pahang di kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

“Keadaan yang sama turut menjejaskan keseluruhan kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, serta Johor,” tambahnya.

Di Sarawak pula, hujan lebat dan angin kencang diramalkan berlaku di Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Bintulu (Bintulu dan Sebauh) dan Miri.

Sementara itu, Sabah juga tidak terkecuali dari ribut petir terutamanya di kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod dan Kinabatangan).

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dengan kemungkinan banjir kilat dan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI