fbpx

MotoGP: Pecco ikrar rampas gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO menjadi Marquez inspirasi ketika merampas semula gelaran juara yang terlepas pada musim 2015. - AFP

BARCELONA – Juara dunia dua kali MotoGP, Francesco ‘Pecco’ Bagnaia tekad bangkit selepas gagal mempertahankan gelarannya pada musim 2024 apabila akur menyerahkan takhta kepada Jorge Martin yang mempamerkan aksi luar biasa sepanjang musim ini.

Bagaimanapun, kekalahan itu tidak mematahkan semangat pelumba Ducati itu yang kini fokus menghadapi musim baru dengan misi besar untuk merampas kembali gelaran pada musim 2025 dan mencipta sejarah tiga musim berturut-turut sebagai juara dunia.

Dalam pada itu, Bagnaia menjadikan perjalanan Marquez sebagai inspirasi, di mana pelumba Sepanyol itu pernah kehilangan gelaran pada 2015, tetapi bangkit untuk memenangi empat kejuaraan dunia berturut-turut selepas itu.

“Jika kita lihat statistik Marc Marquez, dia menang dua gelaran berturut-turut, kehilangan satu pada 2015, dan kemudian memenangi empat gelaran berturut-turut selepas itu,” kata Bagnaia.

Bagnaia mempamerkan aksi dominan pada musim 2024 dengan jumlah kemenangan Grand Prix yang lebih banyak daripada Martin, selain pelumba berusia 27 tahun itu berjaya meraih 11 podium utama.

Namun, statistik kemenangan Bagnaia tidak mencukupi untuk menyaingi Martin yang mencipta rekod luar biasa dalam 40 perlumbaan musim ini dan berjaya menaiki podium sebanyak 32 kali, bersamaan 80 peratus daripada jumlah keseluruhan perlumbaan.

Musim 2025 menjanjikan persaingan epik apabila Marc Marquez bakal menjadi rakan sepasukan Bagnaia di Ducati Lenovo Team dan dengan spesifikasi jentera yang sama, saingan antara kedua-dua juara itu pastinya menjadi tumpuan utama.

“Saya masih muda dan saya fikir saya mempunyai lapan atau 10 tahun lagi dalam sukan ini. Saya akan berikan yang terbaik,” kata pelumba kelahiran Torino itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI