fbpx

Lima roller coaster tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Top Thrill 2 terkenal dengan perjalanan roller coaster sangat singkat iaitu 17 saat.

APABILA sebut tentang roller coaster, pasti ramai yang membahaskan tentang ketinggiannya.

Ketinggian roller coaster menjadi penanda aras kepada kecanggihan bidang kejuruteraan.

Jurutera perlu mengukur tahap ketinggian bersesuaian bagi menghasilkan efek junam yang laju dan mengujakan.

Kini, pelbagai pihak berlumba-lumba menghasilkan roller coaster yang mampu memecahkan rekod dunia sedia ada.

Pada minggu ini, Panorama menyenaraikan lima roller coaster dengan ketinggian luar biasa.

1. Kingda Ka (139 meter)
Kingda Ka merupakan salah satu tarikan di taman hiburan Six Flags Great Adventure, Jackson, New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Sejak dibuka pada tahun 2005, Kingda Ka memegang status roller coaster terpantas dengan 206 kilometer per jam (km/j) dan tertinggi di dunia. Tarikan tersebut memberikan cabaran adrenalin kepada penunggang.

2. Top Thrill 2 (128 meter)
Dahulu dikenali sebagai Top Thrill Dragster dan terkenal dengan perjalanan roller coaster sangat singkat iaitu 17 saat sahaja.

Roller coaster di Cedar Point, Sandusky, Ohio, AS itu mengalami penambahbaikkan dan dibuka semula pada musim panas 2024.

Tarikan yang memperlihatkan lampu isyarat bertukar warna sebelum bergerak itu kini berdurasi dua minit.

SUPERMAN: Escape From Krypton dibuka secara rasmi pada 1997.

3. Superman: Escape From Krypton (126 meter)
Superman: Escape From Krypton merupakan roller coaster ulang-alik keluli ikonik yang terletak di Six Flags Magic Mountain di Valencia, California, AS.

Dibuka pada 1997, ia merupakan roller coaster pertama yang menampilkan pelancaran menegak dan mendorong pengunjung ke belakang pada kelajuan sehingga 160 km/j.

Pada ketinggian 126 meter, ia turun menjunam dengan kelajuan ke hadapan dalam tempoh 28 saat.

4. Red Force (112 meter)
Terletak di Ferrari Land di PortAventura World, Sepanyol, Red Force yang dibuka pada 2017 menggunakan sistem pelancaran magnetik.

Dibangunkan untuk memberi rasa kelajuan kereta Formula 1, tempoh keseluruhan perjalanan Red Force mengambil masa kira-kira 30 saat.

Oleh kerana kelajuannya yang melampau, Red Force mempunyai sekatan ketinggian untuk penunggangnya iaitu antara 140 sentimeter (sm) dengan 195sm.

5. Fury 325 (99 meter)
Fury 325 dilancarkan pada tahun 2015 dan dikenali sebagai ‘Giga-Coaster’ kerana jatuh menjunam pada 81 darjah.

Roller coaster tersebut terletak di taman hiburan Carowinds di sempadan Carolina Utara dan Selatan, AS.

Dengan kelajuan tertinggi 153 km/j, Fury 325 menyampaikan masa perjalanan kira-kira 3 minit dan 25 saat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI