fbpx

Artis mangsa buli boleh buat laporan polis – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAHMI memohon pengkarya seni mengambil pendekatan dengan cara berusaha mendamaikan situasi buli sekiranya ada dengan baik agar tidak merosakkan industri.

HULU KELANG – Kementerian Komunikasi menyarankan artis yang menjadi mangsa buli atau dianiaya dalam industri seni tempatan agar membuat laporan polis bagi tujuan melindungi keselamatan. 

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, perbuatan seumpama itu perlu diberi perhatian serius bagi mengelakkannya menjadi sebagai satu budaya.

“Kita perlu pastikan tempat kerja selamat bagi semua pengkarya, bukan hanya pelakon sahaja malah semua yang terlibat dalam produksi. Mereka  ini perlu dihormati dan diberi perhatian. 

“Pada masa sama kita wajib fahami batas-batas dan juga hak masing-masing andai ada individu merasakan mereka mungkin dianiaya atau dibuli. Maka, dari segi perundangan mereka boleh membuat laporan polis.

“Pada masa sama saya mohon agar semua pihak mengambil pendekatan dengan cara berusaha mendamaikan situasi,” katanya ketika ditemui pada  majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), di sini, malam tadi. 

Tambah Fahmi, semua pihak dalam kalangan penggiat seni seharusnya peka dan prihatin terhadap impak buruk yang berlaku akibat insiden buli. 

Malah, lapangan industri perfileman tempatan yang kecil mengakibatkan gejala buli berisiko memburukkan hubungan sesama pengkarya terutama barisan pelakon baharu dan lama. 

“Mereka yang terlibat pusing-pusing akan jumpa orang yang sama. Jadi kita kena berkarya dengan baik tapi bersikap adil sesama kita. Inilah nasihat saya,” ujarnya. 

Isu buli hangat diperkatakan susulan dakwaan beberapa pelakon mengenai wujud budaya ‘buli-membuli’ dalam kalangan pelakon senior dan junior di set penggambaran hingga ke hari ini.

Bagaimanapun beberapa pengarah dan pelakon senior seperti Ahmad Idham, Nabila Huda, Nadhir Nasar dan Rita Rudaini, menafikan dakwaan terbabit selain meminta individu terbabit mengemukakan bukti sahih jika benar dibuli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI