fbpx

Lelaki guna RM100 palsu di Kuala Pilah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang lelaki dipercayai menggunakan duit palsu dirakam CCTV di sebuah kedai di Pekan Kuala Pilah.

KUALA PILAH – Lelaki yang dikesan menjalankan urus niaga menggunakan wang kertas palsu bernilai RM100 di sekitar Pekan Kuala Pilah, Ahad lalu berjaya ditangkap polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Abd. Gani berkata, suspek berusia 23 tahun itu di tangkap di sekitar Senawang, Seremban dan kini direman selama empat hari bermula hari ini.

“Pihak polis masih mengesan rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Sebelum ini beberapa peniaga di Pekan Kuala Pilah mendakwa didatangi seorang lelaki berurus niaga menggunakan wang kertas palsu.

Seorang peniaga berusia 80-an antara mangsa yang terpedaya apabila mempercayai wang tersebut adalah asli ketika suspek membeli kad tambah nilai berjumlah RM40 sebelum menyerahkan baki RM60.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI