fbpx

‘Kes simbah asid Faisal Halim, tiada maklumat benar-benar membantu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim.

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan pihaknya masih menjalankan siasatan kes pemain Selangor FC, Faisal Halim yang parah disimbah asid pada 5 Mei lalu.

Menurut beliau, kes yang menimpa Faisal atau mesra dipanggil Mickey itu tidak ditutup, malah masih menunggu perkembangan siasatan.

Setakat ini polis mengambil keterangan 23 individu dan menahan tiga suspek bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Hasil analisis forensik terhadap telefon ketiga-tiga suspek mendapati tiada bukti atau perbualan mereka terlibat dalam kes itu.

“Malah, pihak JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah) juga melakukan pemeriksaan terhadap akaun bank mereka (suspek), namun tiada sebarang transaksi wang meragukan atau upah bayaran ditemukan,” katanya ketika dihubungi, hari ini

Jelas beliau, pihaknya turut meminta bantuan orang ramai dengan mengeluarkan fotofit suspek bagaimanapun setakat ini tiada maklumat yang benar-benar dapat membantu siasatan.

“Walaupun pelbagai usaha dilakukan, kita tidak pernah menghentikan siasatan dan menunggu sekiranya terdapat maklumat baharu.

“Justeru, kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil dan menyalurkan kepada pihak polis,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi dilaporkan berkata, kerajaan negeri masih menunggu laporan siasatan kes tersebut.

Najwan memaklumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sudah menulis surat kepada polis berhubung usul yang dipersetujui secara konsesus dalam sidang DUN pada Julai lalu yang mahukan laporan siasatan didedahkan kepada umum.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI