fbpx

Busuk rupanya bau mayat dua beradik mati dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bau busuk itu dihidu jiran mangsa sebelum membuat laporan polis semalam.

KULAI – Misteri bau busuk yang datang dari sebuah rumah di Jalan Selendang, Taman Mewah, di sini membawa kepada penemuan mayat dua beradik warga emas yang meninggal dunia sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tan Seng Lee berkata, bau busuk tersebut dihidu jiran mangsa sebelum membuat laporan polis semalam.

Menurutnya, bertindak atas laporan itu, polis menjalankan siasatan dan menemukan mangsa berusia 65 dan 67 tahun dalam keadaan tidak bernyawa di rumah berkenaan.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa dan setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor memberitahu, pihaknya menerima panggilan pada pukul 12.37 tengah hari dan enam anggota serta sebuah fire rescue tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dikejarkan ke lokasi.

Pemeriksaan awal mendapati dua warga emas masing-masing lelaki dan wanita didapati terkunci di dalam rumah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI