fbpx

Pantai Timur, Utara dilanda hujan berterusan hingga hujung November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan berterusan di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia mulai Selasa, 26 November 2024 hingga Jumaat, 29 November 2024.

MetMalaysia memaklumkan bahawa hujan lebat dijangka melanda negeri Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Pahang sepanjang tempoh tersebut.

Di Kedah, hujan berterusan dijangka melanda kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling. Manakala, di Perak, kawasan Hulu Perak dijangka terjejas.

“Bagi negeri Kelantan, kawasan yang dijangka menerima hujan berterusan termasuk Gua Musang, Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh, dan Kuala Krai,” katanya.

Sementara itu, di Pahang, hujan lebat dijangka melanda Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Jerantut, Kuantan, Pekan, dan Rompin.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa peka dengan keadaan cuaca semasa dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI