fbpx

PUNB tonjol usahawan bumiputera di MIHAS@Dubai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAZLAN (dua dari kanan) menyaksikan pertukaran MoU syarikat Rakan Usahawan PUNB dengan syarikat kerjasama di MIHAS@Dubai 2024.

PETALING JAYA – Misi perdagangan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)@Dubai 2024 melakar kejayaan cemerlang, menjana potensi eksport dan jualan memberangsangkan untuk enam Rakan Usahawan PUNB yang turut serta.

Enam Rakan Usahawan PUNB terlibat ialah Syarikat Jutaan Purnama, Eagle Cliffe (M) Sdn. Bhd., BS Fitness Nutrition (M) Sdn. Bhd., The Raw International Sdn. Bhd., SPL Food Industries Sdn. Bhd., dan Callabio Manufacturing Sdn. Bhd., mewakili sektor makanan dan minuman, kosmetik dan penjagaan diri, serta kesihatan dan kesejahteraan.

Sepanjang acara tersebut, Rakan Usahawan PUNB berpeluang berinteraksi dengan bakal pelabur, pengedar, dan rakan kongsi dari seluruh Asia Barat dan negara-negara lain.

Antara sorotan misi berkenaan ialah penjanaan lebih 349 potensi eksport dan jualan, nilai jualan dan potensi projek berjumlah RM22,147,000, serta kejayaan menarik minat kerjasama dari 14 negara termasuk Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi, Australia dan Kanada.

Selain itu, Callabio Manufacturing Sdn. Bhd. telah menandatangani lapan Memorandum Persefahaman dengan pelbagai syarikat bernilai RM17.7 juta.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB, Razlan Bachik berkata, MIHAS@Dubai telah membuka peluang pasaran baharu yang luas untuk usahawan PUNB.

“Kejayaan ini membuktikan keberkesanan program sokongan PUNB dalam menyediakan mereka untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kami telah mengenal pasti lebih daripada 10 syarikat berpotensi untuk permohonan pembiayaan baharu, yang seterusnya memperluaskan jangkauan dan kesan positif PUNB dalam komuniti perniagaan bumiputera.

“PUNB juga giat meneroka potensi kerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa, termasuk organisasi perdagangan dan agensi kerajaan, untuk mempertingkatkan pembangunan syarikat penerima manfaat PUNB di luar rantau Asia Barat, membuka laluan ke arah pencapaian global yang lebih hebat,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI