fbpx

‘Hantar isteri hamil jumpa doktor, nak balik motosikal hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kisah Nur Aizat (jaket hitam) yang kehilangan motosikal sewaktu menemani isteri berjumpa doktor mendapat perhatian Ustaz Ahmad Yusof.

PETALING JAYA – Pasangan suami isteri ditimpa ujian apabila motosikal yang diletakkan di dalam kawasan hospital hilang, dipercayai dicuri sewaktu mereka bertemu dengan doktor.

Menerusi hantaran TikTok Nur Aizat, dia yang tinggal di Subang, Selangor datang ke hospital tersebut di Selayang bagi melakukan pemeriksaan masalah jantung isterinya yang mengandung.

“Keluar dari hospital nak balik, motosikal dah tak ada kena curi. Kami terima ujian ni, mungkin lahir zuriat malaikat kecil ni, rezeki kami luas,” katanya pada hantaran itu.

Ia kemudian mendapat simpati daripada orang ramai dan menjawab pertanyaan netizen, Nur Aizat memberitahu dia perlu menghadapi ujian itu dengan tenang.

“Kena tenang bang sebab isteri saya dah menangis masa keluar hospital, tengok motosikal dah tak ada. Tapi anggap ni semua ujian untuk kami.

“Alhamdulillah dah balik naik Grab,” katanya.

Kisah Nur Aizat mendapat perhatian seorang pendakwah dan pempengaruh TikTok dikenali sebagai Ustaz Ahmad Yusof atau Beymad yang menghadiahkan Nur Aizat sebuah motosikal.

“Alhamdulillah, selesai hadiahkan motosikal baharu kepada Aizat. Moga Aizat dan isteri sentiasa sihat dan kuat.

“Terima kasih semua yang sama-sama membantu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI