KUALA TERENGGANU – Banjir gelombang pertama di Terengganu terus merebak ke enam daerah iaitu Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Besut, Kemaman dan Setiu.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, seramai 398 mangsa daripada 84 keluarga berada di 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di keenam-enam daerah terbabit.
“Marang menjadi daerah paling terjejas dengan 195 mangsa daripada 37 keluarga berada di empat PPS.
“Sebanyak lima PPS yang menempatkan 68 mangsa daripada 18 keluarga di Hulu Terengganu,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, seramai 59 mangsa daripada 11 keluarga pula berada di tiga PPS di Dungun.
Tambah beliau, Besut mempunyai sembilan mangsa daripada empat keluarga yang berada di dua PPS.
“Seorang mangsa pula berada di PPS SK Kampung Bintang, Setiu,” katanya. – KOSMO! ONLINE