fbpx

Awie timang anak kecil pada usia 53 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Datuk Awie dan isteri, Sharifah Ladyana.

MELANGKAH masuk minggu pertama tahun 2021 dengan semangat yang membara. Begitulah perasaan yang dapat diterjemahkan buat penyanyi Datuk Awie.

‘Semangat’ yang dimaksudkannya adalah berkaitan lembaran baharu karier seninya apabila beliau kini menambah satu lagi portfolio dengan bergelar penerbit filem.

Selain kisah kerjaya, berita gembira juga melingkari kehidupan vokalis kumpulan Wings itu apabila bilangan ahli keluarganya akan bertambah meriah dengan kehadiran orang baharu.

Isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 33, kini sedang menghitung hari menanti kelahiran cahaya mata sulung hasil perkongsian cinta mereka, sekali gus melahirkan zuriat keenam Awie.

Jaga kesihatan

Pada usia 53 tahun dan akan menerima kehadiran cahaya mata kecil tidak lama lagi, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman memberitahu beliau perlu mengekalkan stamina seperti orang muda dan menjaga kesihatan.


DEBARAN. Awie dan isterinya, Sharifah Ladyana menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada pertengahan bulan ini.

“Saya tidak mahulah nanti bila waktu hantar anak ke sekolah, kawan-kawannya tersilap mengatakan saya ini datuknya. Malu! Jadi, paling penting saya perlu jaga pemakanan dan melakukan senaman yang sesuai untuk kekalkan stamina.

“Saya sedar pada usia sebegini, banyak benda yang perlu diambil kira. Isteri masih muda, jadi saya perlu jaga kesihatan supaya tidak diserang penyakit serius dan menyusahkan dia.

“Inilah cabaran bila ada anak kecil. Saya amalkan jalani hidup ini dengan positif sebab kalau kita fikir benda yang baik-baik, minda dan tubuh badan juga akan sihat,” ungkapnya.

MENYEDARI penyakit boleh datang menyerang bila-bila masa, Awie menitikberatkan soal kesihatan sementelah usianya kini semakin meningkat.

Diaju soalan tentang jantina anak, kata Awie, beliau hanya akan berkongsi hal tersebut sebaik sahaja bayi di dalam kandungan isterinya selamat dilahirkan kelak.

“Saya bukan sengaja mahu sorok. Tetapi biarlah lebih afdal jika didedahkan sebaik anak kami selamat dilahirkan nanti.

“Apa-apa pun, saya harap semua mendoakan yang baik-baik untuk kami. Ini merupakan cahaya mata pertama untuk isteri,” katanya yang mengharapkan 2021 lebih baik berbanding tahun lepas yang disifatkan penuh ranjau.

Bagi 10 Tips Tipu Bini

Berkongsi mengenai dunia penerbitan yang baru diceburinya, jelas penyanyi lagu Bara itu, beliau membuka syarikat Rumah Produksi Merah kerana mahu memeriahkan industri perfileman selain bertujuan memperkasakan karya anak tempatan.

Justeru, sebagai permulaan beliau tampil dengan filem sulung bergenre komedi iaitu 10 Tips Tipu Bini yang diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan.

MENCUBA bidang baharu, Awie kini bergelar penerbit dengan membuka Rumah Produksi Merah.

“Saya sendiri tidak sangka apabila tarikh tayangan naskhah ini berkongsi bulan dengan anak yang bakal lahir nanti. Apa yang boleh dikatakan, syukur alhamdulillah ini rezeki daripada Allah buat saya dan keluarga.

“Kalau tidak bersyukur lagi, tak tahulah (ketawa). Percaturan Allah sangat cantik. Inilah yang dikatakan rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Allah,” ujarnya bernada ceria.

Filem 10 Tips Tipu Bini mengisahkan tiga sahabat baik iaitu Raffi, Kay dan Jepp yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur kepunyaan seorang Datuk.

Ketiga-tiganya pekerja yang berdedikasi namun hakikatnya mereka suami yang takut dengan isteri masing-masing.

Filem yang ditulis oleh Armada Al Haq berkenaan membariskan pelakon Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan dan Elizabeth Tan.

FILEM 10 Tips Tipu Bini membariskan lakonan hebat daripada pelakon seperti Joey Daud (tiga dari kiri), Jehan Miskin, Nazia Mustafar dan Elizabeth Tan (tiga dari kanan).

Melanjutkan kisah mengenai yang ditayangkan pada 7 Januari lalu menerusi Astro Frist tersebut, plot penceritaan banyak berkisar tentang realiti masyarakat hari ini selain sarat dengan mesej positif yang boleh dijadikan pedoman.plot penceritaan banyak berkisar tentang realiti masyarakat hari ini selain sarat dengan mesej positif yang boleh dijadikan pedoman.

“Ini sebuah kisah komedi yang ringan tetapi tidak dinafikan berlaku setiap hari dalam kalangan mereka yang sudah berkeluarga. Isu sebegini nampak berat untuk dibincangkan, realitinya inilah hakikat yang terjadi di sekeliling kita.

“Jadi kita kongsi tips bagaimana nak tipu bini dengan jayanya. Tetapi jangan salah faham, bukan saya yang bagi tetapi Brother Love iaitu watak saya dalam naskhah tersebut.

“Menerusi filem komedi ringan ini, kami sedaya upaya mahu menyampaikan mesej dan nilai positif kepada penonton. Contohnya untuk kaum wanita, isu ini boleh dijadikan rujukan dan membuka mata mereka. Sementara bagi kaum lelaki pula, boleh dijadikan iktibar serta kesan jika tiada kejujuran dalam sesebuah hubungan,” tuturnya yang mengeluarkan dana sendiri bagi merealisasikan filem tersebut.

BUKAN mudah bergelar penerbit namun matlamat Awie adalah untuk memperkasakan karya anak tempatan selain memperkasakan industri hiburan.

Bukan mudah sebenarnya mengorak langkah sebagai penerbit. Ternyata, Awie juga tidak dapat lari daripada berdepan cabaran sewaktu proses menyudahkan naskhah berkenaan.

“Penggambaran bermula pada Julai tahun lalu. Cabarannya apabila kita terpaksa berdepan dengan kekangan waktu dan aliran keluar masuk wang ringgit. Iyalah, kalau ditetapkan penggambaran selama 10 hari, tetapi terpaksa ditambah lagi beberapa hari, bukankah itu semua melibatkan kos?

“Sebagai penerbit yang tidak meminjam daripada mana-mana pihak, saya menitikberatkan aspek kewangan supaya kos penggambaran tidak lari daripada bajet.

“Saya enggan meletakkan sasaran tinggi untuk filem ini, memadailah jika diterima peminat. Lagipun ketika negara dilanda pandemik Covid-19, penonton terbatas untuk ke pawagam, jadi kita sajikan sebuah filem yang santai di rumah anda,” katanya menamatkan perbualan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI